Sunday, April 11, 2010

TIPS PENJAGAAN KUCING HAMIL

TIPS PENJAGAAN KUCING HAMIL

MAKANAN YANG TERBAIK

Kucing yang hamil memerlukan banyak protein dan vitamin. Sejumlah besar protein diperlukan untuk perkembangan janin. Pastikan makanan yang diberikan mengandungi protein yang tinggi. Bagilah makanan kucing yg premium dan suplement yg bagus untuknya. Biasanya makanan untuk kitten mempunyai kandungan protein dan vitamin yang lebih banyak dibandingkan makanan untuk adult). Sebaiknya kucing yang sedang hamil diberikan makanan untuk kitten ini.
Suplement berupa vitamin dan kalsium juga diperlukan untuk meningkatkan kesihatan kandungan dan ibunya. Hati-hati dengan suplement kalsium. Pemberian yg berlebihan mungkin akan mendatangkan masalah semasa kelahiran..Pembentukan tulang yg berlebihan akan menyukarkan kelahiran

KUCING PREGNANT PERLU DICAGEKAN.

Untuk mengelakkan dia bercampur dgn kucing lain atau memanjat dan berada di tempat yg tidak sepatutnya ataupun dibelasah oleh kucing lain terutamanya male.Cagekan dia dalam cage setingkat sahaja dan jgn campur dgn kitz lain..Cage setingkat perlu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti ia terjatuh semasa memanjat dan boleh menyebabkan keguguran.Ia juga menyenangkan kita mengawasinya,memberikan makanan dan suplement yg khas untuknya
Sediakan kotak ataupun litter box untuknya..Paling lewat sediakan ia seminggu sebelum ia melahirkan.
UBAT-UBATAN
Dapatkan nasihat vet jika ia sakit..Jangan berikan ia ubatan sebarangan kerana ia mungkin akan membawa masalah kepada kitz dalam kandungan...

LITTER

Sediakan litter yg bukan jenis bergumpal..Kadang kala ia akan melahirkan dalam litter box ..so sebaikknya jgn gunakan litter yg bergumpal.

KUCING-KUCING LAIN
Pastikan ia berada jauh dari kucing lain.ataupun cagenya boleh ditutup dgn kotak atau kain..BIasanya kucing tidak suke kucing lain melihatnya semasa ia melahirkan

VETERINA
Dapatkan no contact veterina berdekatan jika berlaku sebarang kecemasan

INFORMASI
Dapatkan informasi berkkaitan menjaga kucing yg hamil..anada boleh membacanya melalu buku, internet atau bertanyakan vet or breeder...

No comments:

Post a Comment