Monday, April 12, 2010

Resipi Nasi Arab - Nasi Kabsa









Nasi Kabsa ialah nasi yang paling popular yang dimakan oleh orang-orang Arab. Sya mmg suke mkn n masak kat rumah..Biasa masak kat rumah lahma kabsa ( Kabsa Kambing).Saja nak kongsi resepi kegemaran sya mm sedap dan menyelerakan tambah lagi bila mkn dgn yogurt dan diperah lemon.....Dapat nie pun dari sorang akak yang tinggal di Arab Saudi...Ada masa saya kongsikan rempahnya...Home made ye rempah bukan beli yg siap kat kedai...Nanti kalau sya rajin sya kongsi resepi arab yg lain mcm mandhi,qahwa dan lain-lain

Bahan-Bahan dan Cara Memasak

  • 1 ekor ayam di potong 2bahagian

  • 3pot beras BASMATI (sya pakai beras Siam je)

  • Air Panas

  • 2sudu minyak masak

  • 1sudu minyak sapi

  • 1batang kayu manis

  • 3 biji buah pelaga

  • 2 biji bunga cengkih

  • 5 labu bawang merah - dipotong dadu

  • 3 ulas bawang putih - dipotong dadu

  • 1 biji buah tomato - dikisar

  • 2 sudu tomato puri

  • 1/5 tsp pewarna kuning (saffron)

  • 2s udu rempah kabsa

  • 1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya

  • 1 biji lada merah (red pepper/capsicum) - dipotong dadu

  • 1 batang lobak merah dihiris halus-halus

  • sedikit biji lada hitam atau serbuk

  • 2batang cili besar merah - tidak dipotong

  • sedikit kismis

  • garam secukup rasa


  1. Rendam beras basmati dengan air biasa selama 30 hingga 60 minit.

  2. Tos dan rendamkan lagi dengan air mendidih selama 15 minit dan toskan.

  3. Panaskan periuk dengan minyak masak kemudian masukkan minyak sapi.

  4. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi dan campakkan sebatang kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.

  5. Masukkan ayam, saffron, rempah kabsa, tomato kisar, tomato puri, capsicum, lobak merah dan gaulkan dalam periuk.

  6. Kemudian campakkan lemon hitam dan taburkan garam secukup rasa berserta kismis.

  7. Masukkan air panas mendidih secukupnya dan masukkan beras yang sudah ditoskan tadi.

  8. Tutup periuk rapat dan kuatkan api selama lebih kurang 10minit sehingga air menjadi kurang/kering.

  9. Campakkan cili besar merah ke dalam periuk. Jangan karis nasi dengan senduk tetapi karis sedikit-sedikit sahaja menggunakan belakang sudu dengan hati-hati supaya nasi tidak jahanam.

  10. Sekiranya air kelihatan tidak mentanakkan nasi tambah lagi tambah air sedikit demi sedikit dengan air panas mendidih dan tutup periuk.

  11. Selepas air kering kecilkan api selama 15minit.

  12. Angkat ayam tadi dan bakarlah dalam 5-10minit dalam foil aluminium dengan kepanasan 200'c.

Sos - Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.


No comments:

Post a Comment