Wednesday, December 23, 2009

MEMANDIKAN KUCING



MEMANDIKAN KUCING...


Setiap pemilik kucing yang mempunyai masa lapang hendaklah berusaha untuk memandikan sediri kucing mereka..Kucing perlu dimandikan sekurang-kurangnya seminggu sekaliJika anda tidak mempunyai masa lapang maka bolehlah hantar ke petshop atau clinic haiwan yang menyediakan khidmat grooming.Tapi berhati-hati agar kucing anda tidak disakiti..Pilihlah tempat yang mesra dan beretika.


Di sini saya hendak berkongsi cara-cara memandikan kucing..Ini apa yang saya praktikkan..Bagi saya memandikan kucing sendiri akan mengeratkan lagi antara kita dan kucing kesayangan kita.Saya amat berpuas hati terutama mereka akan tdo di atas paha saya bila saya mengeringkan mereka.


Saya akan menyediakan air yg suam untuk kucing2 saya..biasanya saya akan menyediakan 2 baldi air suam untuk seekor kucing saya...Air yang sejuk akan membuatkan kucing terkejut dan amat susah nanti memandikan mereka...


Pertama sekali saya akan membasahkan mereka dan memastikan mereka betul-betul basah agar senang untuk saya mensyampo mereka...Patikan air tidak masuk ke telinga, mata dan hidung mereka...Kemudian saya akan mensyampo mereka.Biasanya sya akan gunakan Benzyol Plus,Bark To Basic dan All Syestem...Gunakan syampoo yg sepatutnya..Mahal pun takpe la ye..Asalkan bulu dan kucing anda sihat...Pastikan kucing anda disyampoo betul-betul terutamanya di bawah perut dan ketiaknya..Kawasan itu biasanya mempunyai daki..huhuhu..


Setelah itu bilaslah kucing anda sebersih-bersihnya....Kemudian lap ia menggunakan towel..Pastikan kucing anda agak kering..Kemudian bolehlah anda mengeringkannya menggunakan hair dryer..kalau mampu beli la blower...A[pabila kucing anda telah kering maka bolehlah menyikatnya..jgn menyikatnya ketika ia basah atau lembab kerana ia amat menyakitkan ia,akibatnya ia akan bertindak agresif


Peralatan Yang Diperlukan...

-Air suam
-Syampoo yang sesuai
-Sikat
-Hair Dryer
-Towel

No comments:

Post a Comment